15 Kenderaan Disaman Halang Lalu Lintas Ketika Main Pokemon Go

Diterbitkan: Selasa, 16 Ogos 2016 4:29 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis mengeluarkan 15 saman kepada  pengguna jalan raya yang meletak kenderaan sehingga menghalang lalu lintas hanya untuk bermain Pokemon Go di sekitar kawasan Lebuh Acheh dan Lebuh Cannon, di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya menjalankan pemeriksaan di sekitar kawasan itu selepas menerima laporan daripada penduduk di situ berhubung kehadiran orang ramai sehingga menganggu ketenteraman mereka.

"Penduduk di kawasan itu mendakwa orang ramai mula berkumpul dan membuat bising di sekitar kawasan perumahan mereka sehingga mencetuskan rasa kurang senang," katanya di sini, Selasa.

Beliau berkata polis yang menjalankan pemeriksaan dari pukul 10 malam hingga 12 tengah malam mendapati pemilik kenderaan sedang leka bermain Pokemon Go dan meletakkan kenderaan mereka sesuka hati sehingga menghalang lalu lintas di kawasan itu.

Mior Faridalatrash berkata tiada sebarang kesalahan untuk orang ramai  bermain Pokemon Go tetapi mereka sepatutnya tidak mengganggu ketenteraman orang  lain sehingga membuat bising.

Sarama Abdullah, 50-an, yang mewakili penduduk di kawasan itu membuat laporan polis, berkata mereka terpaksa membuat laporan polis selepas tidak tahan lagi dengan sikap pemain Pokemon Go yang menganggu ketenteraman mereka dengan berkumpul di halaman rumah.

"Setiap hari bermula pukul 8 malam hingga 5 pagi mereka akan berkumpul di kawasan rumah kami untuk bermain permainan itu.

"Mereka juga membuat bising dan meletakkan kenderaan sesuka hati termasuk di hadapan pintu masuk halaman rumah," katanya. -BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Pokemon Go

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan