Pekerja Pembersihan Maut Dirempuh Kereta Di Akleh

Diterbitkan: Sabtu, 13 Ogos 2016 2:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja kontrak warga Indonesia berusia 39 tahun maut selepas dilanggar sebuah kereta di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), di sini.

Ketua Pegawai Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Samsol Maarif Saibani berkata Eko Pujiono sedang melakukan kerja-kerja pembersihan apabila sebuah kereta BMW merempuhnya awal pagi Sabtu.

Rempuhan itu telah menyebabkan dia tercampak dari lebuh raya bertingkat dan jatuh di bawah jambatan di sebatang sungai berhampiran stesen LRT Jelatek. Dia meninggal dunia di tempat kejadian.

Samsol Maarif berkata, enam anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.30 pagi.

Mayatnya diambil dan diserahkan kepada pihak polis kira-kira pukul 5.30 pagi.

Dalam perkembangan lain, polis telah menyoal siasat seorang lelaki berusia 24 tahun mengenai kemalangan itu.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan Shafie Daud berkata, lelaki itu sedang memandu laju apabila keretanya hilang kawalan dan merempuh penghadang konkrit di sebelah kiri jalan.

Eko yang sedang menyapu di atas bahu turut dirempuh oleh kereta BMW itu.

Tags / Kata Kunci: pekerja pembersihan , Akleh

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan