Lelaki Ditahan, Disyaki Culik Anak Bekas Teman Wanita

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2016 12:24 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang lelaki melarikan anak bekas kekasihnya membawa padah apabila dia ditahan polis, petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Zailan Tasir berkata lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa.

"Kira-kira 10 pagi semalam, lelaki itu telah pergi ke tadika kanak-kanak itu sebelum berpura-pura untuk mengambil mangsa.

"Lelaki itu mengatakan ibu mangsa berada di dalam kereta menyebabkan guru tadika terbabit membenarkan suspek mengambil kanak-kanak itu," katanya.

Zailan berkata ibu mangsa hanya menyedari kejadian itu setelah dimaklumkan bapa saudaranya yang menyatakan anaknya masih belum pulang setelah diambil bekas teman lelakinya itu pada 2.15 petang Khamis.

"Ibu mangsa mendapat tahu tentang kehilangan anaknya, setelah ia diviralkan orang awam di laman sosial yang menemuinya di sebuah pondok pengawal di USJ2 Subang Saya," katanya.

Zailan berkata pihaknya menerima maklumat tentang kehilangan kanak-kanak itu dari Balai Polis USJ 8 Subang Jaya kira-kia 2.30 petang, Khamis.

"Mangsa yang lengkap berpakaian seragam sekolah Tabika Kemas Kampung Kundang itu telah dibawa ke balai polis.

"Motif kejadian dipercayai disebabkan lelaki itu tidak berpuas hati dengan ibu mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 361 Kanun Keseksaan kerana melarikan kanak-kanak dari penjagaan yang sah," katanya.

Tags / Kata Kunci: Culik , Polis , Kekasih

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan