Lelaki Disangka Monyet Cedera Ditembak

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2016 7:40 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang lelaki cedera di bahagian lengan akibat terkena tembakan yang dilepaskan seorang pesara pegawai kerajaan di Kampung Chepor Dalam di sini petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata kejadian berlaku kira-kira 1.40 petang semasa pesara berumur 64 tahun itu berehat di luar rumah abang iparnya di kampung tersebut, sebelum melihat satu pergerakan di atas pokok rambutan yang terletak pada jarak lebih kurang 50 meter.

"Ketika itu pesara berkenaan mengesyaki dan merasakan pergerakan itu adalah monyet...kemudian beliau mengeluarkan senjata api miliknya dan terus melepaskan satu das tembakan ke arah pokok.

"Tiba-tiba pesara itu mendengar suara keluhan kesakitan lalu pergi ke tempat tersebut dan mendapati seorang lelaki cedera di lengan kanan," katanya dalam kenyataan di sini malam Khamis.

Sum berkata pesara berkenaan telah membawa mangsa yang berusia 63 tahun ke Hospital Raja Permaisuri Bainon di sini untuk rawatan lanjut, dan kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960.

"Mangsa kini berada dalam keadaan stabil," katanya.

Tags / Kata Kunci: tertembak , Akta Senjata Api 1960

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan