Leka Main Pokemon Go, Dua Lelaki Parah Dilanggar - Berita Jenayah | mStar

Leka Main Pokemon Go, Dua Lelaki Parah Dilanggar

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2016 3:11 PM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Dua lelaki yang sedang leka bermain permainan maya Pokemon Go cedera setelah dilanggar sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Bakar Arang, dekat sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Md Zukir Md Isa berkata dalam kejadian 2.30 pagi itu, Tan Chin Kang, 35, dan Teoh Koon Ee, 30, ketika itu sedang berdiri di hadapan sebuah kedai sambil bermain permainan tersebut sebelum dilanggar oleh sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna putih.

"Pemandu kereta terbabit bagaimanapun terus meninggalkan tempat kejadian, manakala Tan dan Teoh masing-masing mengalami cedera ringan," katanya menerusi satu kenyataan di sini.

Md Zukir berkata Tan yang merupakan seorang pengurus kilang mengalami luka pada kaki kiri manakala Teoh yang bekerja sebagai jurujual mengalami luka pada muka, kepala, tangan dan kaki.

Beliau berkata mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk mendapatkan rawatan.

Polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Tags / Kata Kunci: Pokemon Go
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan