Sanjeevan Ditahan Peras Ugut Pengendali Pusat Permainan - Berita Jenayah | mStar

Sanjeevan Ditahan Peras Ugut Pengendali Pusat Permainan

Diterbitkan: Khamis, 11 Ogos 2016 6:28 PM

R. Sri Sanjeevan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (Mywatch), Datuk R. Sri Sanjeevan ditahan kerana didakwa melakukan peras ugut.

Penolong Pengarah Jabatan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Roslee Chik berkata Sanjeevan ditahan oleh polis Kajang pada Khamis.

Menurut Roslee, Sanjeevan akan didakwa di Temerloh pada Jumaat kerana didakwa memeras ugut pengendali sebuah pusat permainan.

Tambahnya, 20 kertas siasatan telah dibuka terhadap Sanjeevan.

Sanjeevan pada Khamis menerusi Twitternya memaklumkan bahawa ditahan kerana laporan yang dibuat di Pahang pada 2013.
Tags / Kata Kunci: R. Sri Sanjeevan , Mywatch

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan