Kes Bill Kayong: Polis Sarawak Minta Bantuan Interpol Buru Stephen Lee

Diterbitkan: Khamis, 11 Ogos 2016 12:46 PM

Dev Kumar (kiri)

(Ubah saiz teks)

MIRI: Polis Sarawak telah meminta bantuan Interpol bagi memburu individu yang disiftkan sebagai perancang utama kes pembunuhan Setiausaha PKR Cabang Miri, Bill Kayong pada Jun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dev Kumar berkata hasil siasatan mendapati perancang tersebut yang dikenali sebagai Datuk Stephen Lee Chee Kiang, 45, dari Tanjong Lobang, Miri telah melarikan diri ke Singapura pada 23 Jun lalu.

"Lee kemudian berlepas ke Melbourne, Australia pada 3 Julai dari Singapura.

Lokasi terkini Lee masih belum diketahui dan pasukan petugas menyiasat kes ini memohon bantuan Interpol bagi mengesannya," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Kayong, 43, ditembak mati dalam kenderaannya di persimpangan jalan di Lutong kira-kira 8.20 pagi pada 21 Jun lepas.

Namun Dev berkata polis Sarawak masih belum menerima jawapan Interpol.

Selain Lee, dua lagi rakannya iaitu pemilik KTV Lounge, Kong Sien Ming, 35, dan Chin Wui Chung @Ah Chung, 50 yang juga pembantu peribadi Lee turut diburu.

"Kita yakin kedua-duanya (Kong dan Chin) masih berada dalam negara," kata Dev sambil menambah waran ditangkap terhadap ketiga-tiga individu berkenaan telah dikeluarkan Mahkamah Majistret Miri pada 9 Julai lalu.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga suspek untuk memaklumkan kepada polis supaya mereka dapat dihadapkan ke mahkamah dengan segera.

Gambar serta alamat ketiga-tiganya diedarkan kepada media hari ini untuk membantu orang ramai mengecam wajah individu yang diburu tersebut.

Ketiga-tiga individu tersebut telah dituduh bersama Lie Chang Loon, 37, dan Mohamad Fitri Fauzi, 29.

Mereka dituduh di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang sama pada 15 Julai lalu di Mahkamah Majistret Miri.

Pada tarikh dan tempat yang sama, Mohamad Fitri turut didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Kayong.

Tags / Kata Kunci: Sarawak , Stephen Lee

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan