Murid Tahun Lima Lemas Di Sungai

Diterbitkan: Khamis, 11 Ogos 2016 11:38 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Banggol Peradong, Manir, mati lemas selepas pertama kali mandi-manda di Sungai Jeram, Manir dekat sini bersama rakan-rakannya, pada Rabu.

Nurhafizul Izzat Hazahari, 11, tidak pernah mandi di sungai itu dan dipercayai keluar rumah kira-kira 3 petang selepas beberapa rakannya menjemputnya, kata nenek mangsa Khatijah Omar.

"Sebelum ini, arwah tidak pernah bermain jauh dari kawasan rumah dan tidak pernah mandi di sungai itu," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

Khatijah berkata dia hanya mengetahui insiden yang menimpa cucunya kira-kira pukul 5 petang selepas menerima panggilan ketika berada di Kampung Batu Rakit.

Mayat Nurhafizul Izzat, dijumpai pasukan penyelamat kira-kira pukul 6 petang berhampiran lokasi kejadian. Tiga rakannya selamat.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Bomba negeri Abdullah Mohammad berkata mayat mangsa dikesan di dasar sungai oleh unit skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan selanjutnya," katanya.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan