Lelaki Warga Thailand Maut Dipercayai Diserang Beruang

Diterbitkan: Khamis, 11 Ogos 2016 7:47 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Seorang lelaki warga Thailand ditemukan mati di kebun durian di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Renok Baru di sini, dipercayai akibat diserang beruang pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Rajab Ahad Ismail berkata mayat Mat Didik@Madidi Basa, 40, ditemukan anak lelakinya, Muhamad Naim, 15, yang mencari bapanya sejak awal pagi selepas arwah tidak pulang ke rumah setelah pergi ke kebun durian itu sejak 10 malam Khamis.

Muhamad Naim menemukan mayat bapanya itu pada kira-kira 6 pagi tadi dalam parit dalam keadaan cedera parah di kepala, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Rajab Ahad berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat dan akan diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan lewat petang Khamis.

Ketika ditemui di HGM, Muhamad Naim berkata beliau bersama bapa saudaranya Mohd Zulhaidi Hamat, 23, pergi ke kebun durian itu pada 3 pagi tetapi takut untuk memasuki kawasan itu kerana mendapati ada seekor beruang di situ.

Remaja itu berkata mereka terpaksa pergi kali kedua ke kebun itu pada 6 pagi dan memasuki kawasan itu sebelum menemukan mayat ayahnya.

"Sebelum ini kami sudah dimaklumkan oleh arwah ayah beberapa kali bahawa kebun durian itu ada beruang yang kerap datang untuk makan durian," katanya yang mempunyai empat beradik dan ibunya seorang penduduk tempatan.

Ibu mentua Allahyarham, Mariam Ab Rahman, 56, berkata beliau sebelum ini  berulang kali menasihati menantunya itu supaya tidak pergi ke kebun durian berkenaan pada waktu malam kerana bimbang diserang binatang buas.

Beliau berkata arwah pernah memberitahunya ada seekor beruang yang kerap datang makan durian di kebun berkenaan, tetapi tidak menyerangnya.

"Malam tadi selepas makan malam bersama, makcik sekali lagi menasihatkan arwah jangan pergi ke kebun durian waktu malam kerana bahaya. Makcik sedih mayat menantu ditemui dalam keadaan cedera parah," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: warga Thailand , serangan beruang

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan