Isteri Tikam Suami Ditahan

Diterbitkan: Rabu, 10 Ogos 2016 6:48 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN:  Pihak polis menahan seorang suri rumah kerana dipercayai menikam suaminya hingga tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun berkata wanita terbabit yang berusia 30 tahun dan mempunyai dua orang anak ditahan di rumahnya.

"Mangsa yang berusia 33 tahun dikatakan berselisih faham dan bertengkar dengan isterinya sebelum dia ditikam di perut sebelah kiri.

"Mangsa kini berada dalam pemerhatian doktor dan masih tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi, Hospital Tuanku Jaafar," katanya.

Beliau berkata sebilah pisau kira-kira 25 sentimeter yang dipercayai digunakan si isteri berkenaan turut dirampas.

"Pisau yang digunakan telah dibasuh bersih selepas kejadian," katanya.

Kes disiasat kerana mendatangkan kecederaan parah. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Isteri tikam suami

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan