SPRM Sabah Tahan Tiga Anggota Polis Minta Suapan Bebas Menantu Pengadu

Diterbitkan: Selasa, 9 Ogos 2016 5:30 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan tiga anggota polis dan seorang awam kerana disyaki terbabit menerima suapan RM2,000.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata tiga anggota polis berkenaan berumur antara 28 hingga 29 tahun yang dua daripadanya adalah konstabel manakala seorang lagi berpangkat Lans Koperal.

Beliau berkata ketiga-tiga anggota polis tersebut ditahan di pejabat SPRM  antara pukul 11.50 hingga jam 11.58 malam Isnin sejurus selepas SPRM menerima aduan daripada seorang lelaki berumur 50 tahun petang Isnin.

Shaharom Nizam dalam kenyataannya pada Selasa berkata suspek keempat iaitu seorang lelaki berumur 54 tahun ditahan pada pukul 12.50 tengh malam tadi, juga di pejabat SPRM.

Pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki yang mengatakan tiga anggota polis meminta wang sebanyak RM2,000 bagi tujuan membebaskan menantu lelakinya yang cuma memiliki dokumen pengenalan sementara, katanya.

Beliau berkata seorang suspek kemudiannya menghubungi pengadu dan meminta pengadu menyerahkan wang berkenaan di Pekan Donggongon antara pukul 4.30 petang hingga 5.30 petang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM 2009). - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: SPRM Sabah , suapan

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan