Warga Thai Ditahan Cuba Seludup 270 Beg Beras Pulut Ke Langkawi

Diterbitkan: Selasa, 9 Ogos 2016 6:42 PM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Seorang warga Thailand ditahan bersama-sama seorang rakyat tempatan di muara Sungai Kisap di sini tengah malam Isnin kerana disyaki cuba menyeludup 270 beg berisi beras pulut masuk ke Langkawi.

Kedua-dua suspek yang masing-masing berumur 19 dan 29 tahun itu ditahan sebuah bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kira-kira pukul 12.20 tengah malam Isnin semasa membawa barangan berkenaan menggunakan sebuah bot fiber berdekatan muara sungai itu.

Pengarah Maritim Daerah 1 Langkawi, Laksamana Pertama Maritim Zulkarnain Mohd Omar berkata sebelum itu pasukan peronda APMM telah mengekori bot yang dinaiki suspek selepas ia bergerak dalam keadaan mencurigakan di kawasan itu.

"Ketika pemeriksaan ke atas bot berkenaan, Penguatkuasa APMM telah menemui 270 beg beras pulut yang ditaksirkan bernilai lebih kurang RM1,350 yang diangkut tanpa permit yang sah," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya barangan serta bot berkenaan turut dirampas untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: penyeludupan , beras pulut , Langkawi

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan