Lima 'Geng Kangkang' Ditahan, 10 Kes Curi Di Sekitar Kota Kinabalu Selesai

Diterbitkan: Selasa, 9 Ogos 2016 6:38 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis berjaya menyelesaikan 10 kes curi premis kedai di dalam pasar raya membabitkan kerugian kira-kira RM33,664 di sekitar sini berikutan penahanan lima anggota 'Geng Kangkang' di sebuah rumah di Taman Landbreeze, Luyang dekat sini baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Supt Mohd Azhar Hamin berkata berkata kesemua suspek iaitu seorang lelaki dan empat wanita berusia antara 30 hingga 53 tahun ditahan kira-kira pukul 9.30 malam oleh sepasukan polis yang melakukan serbuan di rumah berkenaan Sabtu lepas.

"Turut dirampas dalam serbuan berkenaan adalah pelbagai barangan termasuk pelbagai jenis susu formula, sabun, pewangi kereta dan berus gigi bernilai kira-kira RM15,000.

"Tangkapan berkenaan adalah susulan laporan mengenai kes curi di sebuah pasar raya di Kota Kinabalu pada 1 Julai lepas yang mengalami kerugian  kira-kira RM1,500," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu di sini, Selasa.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kumpulan itu aktif menjalankan kegiatan curi sejak awal tahun ini.

"Suspek mencuri barang seperti susu formula dan pelbagai barangan lain  untuk dijual dengan harga lebih murah.

"Siasatan lanjut mendapati modus operandi suspek berkenaan adalah bergerak dalam kumpulan empat hingga lima orang dan memasuki premis dengan memakai jubah yang telah diubah suai bagi memudahkan mereka menyeludup keluar barangan seperti susu tepung yang dicuri tanpa diketahui oleh pekerja di kedai berkenaan," katanya.

Mohd Azhar berkata kumpulan geng itu dipercayai aktif di kawasan Karamunsing, Luyang, Kota Kinabalu dan Inanam dan kes itu disiasat di  bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana curi dalam bangunan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya berjaya menahan dua  individu dipercayai terlibat dalam sembilan kes pecah rumah di sekitar kawasan  Jalan Sepanggar Menggatal sejak awal tahun ini dengan anggaran kerugian  sebanyak RM34,090.

Katanya suspek berusia 23 dan 35 tahun itu masing-masing ditahan di  kawasan pakir sebuah bank di Alamesra dan di sebuah rumah di Taman Jaya Diri,  Sepanggar pada Jumaat lepas.

"Hasil saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek berkenaan positif dadah. Hasil siasatan lanjut juga mendapati seorang daripada suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau termasuk lima kes berkaitan dadah.

Manakala seorang lagi mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah," katanya.

Beliau berkata kedua-dua suspek berkenaan ditahan susulan laporan mengenai kejadian kes pecah rumah di Taman Jaya Diri, Sepanggar pada 25 Julai lepas. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Geng Kangkang , kes kecurian , Kota Kinabalu

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan