Tiga Maut Kereta Terbabas Di Taman Puchong Utama

Diterbitkan: Ahad, 7 Ogos 2016 1:46 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua wanita, seorang daripadanya dipercayai hamil dan seorang lelaki maut apabila kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang berhadapan sebuah pasar raya di Puchong, Ahad.

Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata ketiga-tiga mangsa, dipercayai berumur sekitar 30-an, tercampak keluar dari kenderaan terbabit akibat kemalangan di Jalan PU3, Taman Puchong Utama itu.

"Kereta jenis Honda HRV yang dinaiki mereka juga rosak teruk akibat nahas itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 10.06 pagi.

Mohd Sani berkata semua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Taman Puchong Utama , Honda HRV , bomba

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan