Polis Tahan Dua Penyokong JDT Insiden Di Stadium Perak

Diterbitkan: Ahad, 7 Ogos 2016 8:14 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis menahan dua penyokong pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang telah membawa masuk suar ke dalam Stadium Ipoh pada perlawanan Liga Super antara pasukan Perak dan JDT pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata, satu kertas siasatan telah dibuka terhadap dua penyokong berkenaan yang masing-masing berumur 25 dan 31 tahun itu di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

"Dua lagi kertas siasatan juga dibuka iaitu mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan 148 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan media di sini pada Ahad.

Kata beliau, pihaknya telah menerima sebanyak tujuh laporan polis sehingga pukul 4 petang tadi yang membabitkan dua laporan kecederaan pegawai atau anggota polis yang bertugas serta lima laporan daripada penyokong Perak.

Menurutnya, satu kejadian pergaduhan telah berlaku selepas tamat perlawanan antara penyokong pasukan Perak dan JDT ekoran provokasi antara kedua-dua belahpihak.

"Perlawanan 90 minit berjalan dengan lancar dan bila tamat perlawanan kedua-dua pasukan penyokong membuat provokasi dengan menyanyikan ayat provokasi seperti 'Perak Bangsat' dan 'JDT Bangsat' diiringi paluan gendang.

"Bermula caci maki antara penyokong diikuti balingan objek seperti botol minuman dan mercun namun berjaya dikawal oleh pihak polis. Pintu pagar di hadapan penyokong JDT telah dibuka petugas stadium dan polis bertujuan mengasingkan mereka .

"Namun beberapa penyokong JDT telah menyerbu masuk padang dan bertindak agresif dengan merosakkan papan billboard serta membaling botol, batu dan serpihan kerusi terhadap penyokong Perak sehingga menyebabkan aksi membalas antara dua pihak," katanya.

Menurut Sum, sejumlah 759 pegawai atau anggota polis pelbagai unit serta 92 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang menjaga kawasan luar dan dalam stadium.

"Pihak kami juga telah menambah sebanyak 92 lagi anggota FRU semasa kejadian berlaku. Polis berjaya mengawal keadaan di dalam padang dalam tempoh 30 minit dan penyokong Perak berjaya disuraikan dan diarahkan meninggalkan stadium pada pukul 3 pagi tadi.

"Pemain dan penyokong JDT telah diiringi dengan kenderaan peronda (MPV) polis dengan selamat ke hotel penginapan dan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pada pukul 1 hingga 1.30 pagi," katanya.

Polis meminta orang awam yang mempunyai gambar dan video berhubung insiden ini dapat menyalurkan kepada pihaknya untuk siasatan lanjut," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penyokong Bola Sepak Perak (TBG MOBS) Abdul Jamil Othman telah membuat laporan polis berhubung insiden yang berlaku di Balai Polis Sungai Senam pada pukul 3.21 petang tadi.

"Untuk pengetahuan semua, kekecohan berlaku selepas penyokong JDTmengeluarkan perkataan kesat ketika perlawanan iaitu 'Perak Bangsat'," dakwanya kepada pemberita di hadapan balai polis berkenaan di sini pada Ahad.

Katanya, tujuan laporan polis ini dibuat agar Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) mengenakan denda terhadap Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) kerana insiden itu menyebabkan kerosakan berlaku terhadap kemudahan yang terdapat didalam stadium.

Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Datuk G.Irudianathan menggesa FAM untuk mengambil tindakan tegas terhadap penyokong JDTyang mencetuskan kekecohan malam tadi.

"Tujuan laporan polis dibuat supaya FAM dapat ambil tindakan sewajarnya terhadap penyokong JDT dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ). Kekecohan ini juga mencemarkan imej dan kredibiliti PBNJ sendiri," katanya.

Beliau berkata pihaknya turut menasihatkan para penyokong Perak supaya tidak berkunjung ke Larkin atas faktor keselamatan memandang terdapat perlawanan Piala Malaysia antara pasukan Perak dan JDT di Stadium Larkin pada 10 Ogos ini.

"Kita tak mahu perkara yang berlaku di Ipoh berulang di Larkin. Saya juga telah menasihatkan kepada presiden dan penasihat PAFA untuk tidak hadir pada perlawanan itu," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Penyokong JDT , ditahan

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan