Polis Buru Wanita, Suami Dipercayai Kes Dera Adik Lelaki

Diterbitkan: Ahad, 7 Ogos 2016 5:20 PM

Jokhiri Abdul Aziz

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Polis sedang memburu seorang wanita bersama suaminya kerana dipercayai terlibat mendera adik lelakinya di rumah mereka di sebuah ladang di Kong Kong, Masai, dekat sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Jokhiri Abdul Aziz berkata usaha sedang giat dilakukan bagi mengesan kedua-dua mereka yang berumur lingkungan 30-an dan didapati melarikan diri serta tidak pulang ke rumah selepas kes penderaan terhadap remaja berumur 14 tahun itu terbongkar.

"Kejadian itu disedari kira-kira 9.30 malam, Rabu lepas, selepas seorang wanita yang merupakan penduduk setempat terlihat mangsa dalam keadaan tidak bermaya di sebuah surau di kawasan Kampung Desa Mewah, Sungai Penderam, Seri Alam, di sini," katanya menerusi kenyataan di sini pada Ahad.

Jokhiri berkata mangsa didapati melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan didera pasangan tersebut dan didapati terdapat kesan melecur disebabkan air panas, parut-parut luka dan lebam di bahagian badannya.

Beliau berkata mangsa turut mengadu telah lama didera oleh kakaknya yang merupakan suri rumah dan abang iparnya yang merupakan nelayan itu selain dibiarkan tanpa sebarang rawatan.

Katanya mangsa yang tidak bersekolah merupakan anak ke-10 daripada 11 beradik dan diserahkan kepada kakak dan abang iparnya untuk dijaga setelah kematian bapanya sejak berusia lima tahun.

"Ekoran itu, mangsa kemudian dibawa kepada pihak polis bagi membuat laporan dan kemudiannya dibawa ke Hospital Sultan Ismail, di sini, bagi melakukan pemeriksaan dan rawatan.

"Mangsa kini di bawah kawalan Pegawai Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat dan berada dalam keadaan stabil di bawah pemerhatian pakar rawatan kanak-kanak hospital tersebut," katanya.

Menurut Jokhiri, polis kini menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh didenda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pihaknya sehubungan itu, turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut supaya dapat tampil membantu siasatan polis atau menyalurkan maklumat berkenaan ke mana-mana balai polis berhampiran, katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: buru wanita , suami , dera

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan