Hazmat Ambil Masa 45 Minit Bersihkan Merkuri Di Alor Setar - Berita Jenayah | mStar

Hazmat Ambil Masa 45 Minit Bersihkan Merkuri Di Alor Setar

Diterbitkan: Ahad, 7 Ogos 2016 12:10 PM

Gambar Hiasan.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pasukan Pengurusan Bahan Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech mengambil masa 45 minit membersihkan tumpahan cecair merkuri di sebuah rumah di Taman Aman, Anak Bukit di sini, awal pagi Ahad.

Komander Operasinya, Pegawai Bomba Kanan II Mohamad Yazan Yahaya berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.06 pagi dan tiba kira-kira 10 minit kemudian bersama enam anggota.

Beliau berkata setibanya di lokasi, seorang wanita berumur 55 tahun memaklumkan cecair merkuri tersebut tumpah selepas termometer yang digunakan untuk memeriksa suhu badan cucu lelakinya berusia dua tahun terjatuh dan pecah di dalam bilik tidur.

Katanya wanita dan cucunya itu bagaimanapun tidak dirujuk ke hospital selepas pihaknya mendapati tidak berlaku penyentuhan antara mangsa dengan cecair merkuri tersebut.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Bomba , Anak Bukit , merkuri
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan