Dua Lelaki Dakwa Keturunan Sultan Melaka Ditahan

Diterbitkan: Jumaat, 5 Ogos 2016 5:14 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Polis menahan dua lelaki yang mendakwa sebagai keturunan Sultan Melaka berikutan laporan yang diterima Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri itu.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, seorang lelaki yang mendakwa dirinya guru agama berusia 55 tahun ditahan bersama seorang peniaga 48 tahun dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Pelangi Indah pada 4 Ogos lalu.

Katanya, serbuan itu dilakukan selepas satu laporan dibuat bahawa kedua-dua lelaki tersebut merancang untuk mengadakan satu majlis sempena memperingati kemangkatan di sini Kesultanan Melaka dalam tempoh terdekat.

Wan Ahmad Najmuddin berkata polis turut merampas dua persalinan yang didakwa berkaitan dengan peralatan Kesultanan Melaka.

Jelas beliau, antara barangan yang dirampas termasuk 30 keris, 16 kelengkapan persalinan, tombak, pedang dan parang serta peralatan pelbagai gelaran kebesaran.

Wan Ahmad Najmuddin menggesa orang ramai agar tidak terpengaruh atau ditipu individu yang mendakwa sebagai keturunan diraja.

"Kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka yang sengaja menggunakan institusi diraja di negara ini demi kepentingan peribadi," katanya di sini, Jumaat.

Kedua-dua lelaki itu direman untuk siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun, sebatan dan juga denda.

Tags / Kata Kunci: Kesultanan Melaka , PDRM , lelaki menyamar

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan