15 Ditahan Guna Kad Pengenalan Palsu, Milik Orang Lain

Diterbitkan: Jumaat, 5 Ogos 2016 10:23 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menahan 15 individu, termasuk tiga wanita, yang disyaki menggunakan kad pengenalan palsu dan kad pengenalan milik orang lain dalam 'Ops ID JPN' di empat lokasi sekitar Balok, Kuantan pada Jumaat.

Ketua Pengarah JPN Mohd Yazid Ramli berkata operasi yang bermula 1 pagi itu menahan 15 individu yang berasal dari Zamboanga, Basilan, Jolo dan Tawi-Tawi yang berbangsa Tausug dan berumur antara 23 hingga 60 tahun.

"Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati 11 orang yang ditahan disyaki menggunakan kad pengenalan palsu sementara empat yang lain menggunakan kad pengenalan milik orang lain sebagai pengenalan diri," katanya dalam kenyataan di sini.

Kesemua yang ditahan disiasat di bawah Peraturan 25(1)(e)Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) kerana disyaki menggunakan kad pengenalan palsu dan kad pengenalan milik orang lain sebagai pengenalan diri.

Kesalahan itu boleh membawa hukuman penjara tidak lebih dari 3 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, katanya.

Mereka yang ditahan dibawa ke Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Pahang, Kompleks KDN Indera Mahkota untuk proses dokumentasi serta siasatan lanjut dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

"Ops Terancang JPN" itu dijalankan Bahagian Siasatan  and  Penguatkuasaan Ibu Pejabat JPN Putrajaya dengan bantuan JPN Negeri Kelantan, Terengganu dan  Pahang serta Jabatan Imigresen Negeri Pahang, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: kad pengenalan palsu , Ops ID JPN

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan