Warga Emas OKU Ditemui Mati Lemas Di Kuala Kangsar

Diterbitkan: Rabu, 3 Ogos 2016 9:04 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Seorang lelaki warga emas yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) ditemui mati lemas dipercayai selepas terjatuh dari bot yang dinaiki di Pulau Kampung Jarau, di sini.

Mangsa, Ismail Jaafar, 69, dari Kampung Tahan di sini dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar dari rumah sejak petang Isnin.

Ketua Operasi Khairi Anuar Saharud berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 10 malam semalam (1 Ogos) sebelum 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar serta Sungai Siput dikerah untuk operasi mencari dan menyelamat.

"Operasi mencari di tebing Sungai Perak turut dibantu oleh polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan orang awam," katanya dalam kenyataan malam Selasa.

Mayat mangsa ditemui tersangkut pada jaring pukat di Kota Lama Kanan di sini kira-kira 15 kilometer dari lokasi dipercayai terjatuh pada 5.40 petang tadi dan dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat.

Sementara itu, seorang lelaki warganegara Myanmar yang dipercayai terjatuh dari jeti awam Tasik Banding, di Gerik sejak 31 Julai lalu ditemui mati lemas pagi ini.

Menurut Ketua Operasi Bomba Zon 2 Perak Muhamad Yassir Adnan mangsa, Kyan Min Thu, 29, ditemui pada 9.40 pagi oleh pasukan menyelamat di lokasi dia dipercayai terjatuh.
Tags / Kata Kunci: OKU , mati lemas , Pulau Kampung Jarau

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan