Tiada Objek Seperti Bayi Ditemui Di Kawasan Longkang

Diterbitkan: Isnin, 1 Ogos 2016 9:46 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Polis mengesahkan tiada sebarang objek seperti bayi dikesan di sepanjang longkang besar berhampiran kawasan Perpustakaan Awam Negeri walaupun pencarian diperluaskan sehingga ke muara sungai Terengganu sejak operasi pencarian disambung semula pagi Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Supt Suffian Sulaiman berkata operasi pencarian yang dilakukan pihak polis dan Bomba itu dihentikan kira-kira pukul 3.30 petang Isnin.

"Operasi pencarian itu disambung semula kira-kira pukul 7 pagi Isnin namun sehingga petang tiada sebarang petunjuk dan objek seperti yang didakwa itu dijumpai.

"Pelbagai usaha kita telah laksanakan dan sehingga ke kawasan muara sungai dilakukan namun tidak menemui apa-apa sebelum menghentikan operasi," katanya ketika dihubungi di sini Isnin.

Pada Ahad seorang pekerja pembersihan warga Bangladesh mendakwa menjumpai objek seperti bayi di dalam plastik ketika melakukan pembersihan di kawasan itu.

Terkejut melihat kepala bayi itu pekerja yang berusia 19 tahun berkenaan melepaskan kembali plastik yang mengandungi objek tersebut.

Sementara itu Suffian berkata agak sukar untuk mengesahkan laporan yang diterima itu berikutan hanya pekerja itu seorang sahaja yang melihat objek tersebut.

Jelasnya pihaknya telah mengambil keterangan pekerja terbabit untuk siasatan lanjut.

"Kita tidak tahu sejauh mana kebenaran kes berkenaan dan susah untuk kita buktikan kerana hanya pekerja itu yang melihat dan kita tidak mempuyai saksi lain," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: objek bayi , pekerja Bangladesh

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan