Polis Buru Enam Lelaki Terlibat Pergaduhan Di Ipoh - Berita Jenayah | mStar

Polis Buru Enam Lelaki Terlibat Pergaduhan Di Ipoh

Diterbitkan: Isnin, 1 Ogos 2016 1:58 PM

Sum Chang Keong

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis kini memburu enam lelaki yang disyaki terlibat dalam pergaduhan dan membakar sebuah kereta di sebuah pusat hiburan di Taman Medan Ipoh di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata kesemua lelaki berkenaan masuk ke dalam pusat hiburan kira-kira pukul 5.30 pagi dan ketika itu mangsa bersama rakan-rakannya sedang berhibur.

"Seorang rakan mangsa telah terpijak kaki seorang daripada suspek berkenaan dan memohon maaf namun lelaki itu memarahinya serta bertindak menyerang rakan mangsa.

"Mangsa yang berusia 30 tahun itu terus keluar dari pusat hiburan berkenaan dan masuk ke dalam keretanya. Bagaimanapun, ketika hendak beredar keretanya telah dihalang oleh sebuah kenderaan yang dinaiki empat lelaki," katanya dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Sum berkata kesemua suspek bertindak memecahkan cermin kereta mangsa dan dia terpaksa melarikan diri ke dalam pusat hiburan berkenaan untuk menyelamatkan diri.

Menurut Sum, sejam selepas kejadian, mangsa keluar dari pusat hiburan itu dan mendapati keretanya telah terbakar keseluruhannya serta terbalik.

"Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak benar berkaitan kes ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Polis
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan