Bekas Wartawan Berita Harian Parah Kemalangan

Diterbitkan: Isnin, 1 Ogos 2016 7:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Bekas wartawan Berita Harian (BH), Haspaizi Mohd Zain cedera parah selepas kenderaan yang dipandu isterinya bergesel dengan sebuah lori kecil di Kilometer 30 Jalan Lipis-Merapoh, Kuala Lipis, awal pagi Isnin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, DSP Abdul Rashid Md Daud berkata dalam kejadian 2.15 pagi itu, Haspaizi, 33, mengalami kecederaan pada dagu, mata kiri, bahagian atas bibir dan mengalami pendarahan hidung.

Isteri mangsa Noorulnadia Abdullah, 34, dan lima anak mereka yang berusia antara empat hingga 11 tahun serta pemandu lori tidak mengalami kecederaan, katanya.

"Kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu Noorulnadia yang dalam perjalanan dari Lipis ke Bandar Raub bergesel dengan lori kecil," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Abdul Rashid berkata mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lipis sebelum dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh bagi menjalani ujian imbasan yang lebih menyeluruh.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Noorulnadia berkata suaminya dalam pemerhatian rapi Hoshas.

Beliau berkata mereka sekeluarga dalam perjalanan pulang ke rumah di Kepong, Kuala Lumpur dari kampung di Kelantan dan beliau memandu ekoran suaminya kurang sihat.

"Kami pulang ke kampung di Kelantan pada Sabtu lepas kerana mempunyai urusan keluarga yang perlu diselesaikan.

"Kami bertolak pulang tengah malam tadi (semalam) kerana anak bersekolah hari ini," katanya.

Beliau menambah kejadian berlaku selepas cuba memotong sebuah lori namun gagal berikutan penglihatan tidak jelas kerana keadaan jalan yang gelap. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Berita Harian , bekas wartawan , kemalangan

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan