Pekerja Pembersihan Dakwa Lihat Objek Menyerupai Bayi Di Dalam Longkang

Diterbitkan: Isnin, 1 Ogos 2016 2:46 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seorang pekerja pembersihan warga Bangladesh mendakwa menjumpai objek menyerupai bayi di dalam sebuah beg plastik yang dibuang ke dalam longkang besar berhampiran Perpustakaan Awam Negeri di sini, Ahad.

Mohd Kobi Mohd Osman, 19, berkata dia mengesan objek itu ketika menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan perangkap sampah kira-kira pukul 5 petang.

"Saya sangat terkejut dan menarik plastik berwarna merah putih yang koyak itu dan nampak bahagian kepala bayi di dalamnya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Panik dan terkejut dengan apa yang dilihatnya, dia melepaskan kembali bungkusan ke dalam longkang lantas menghubungi rakannya yang bekerja tidak jauh dari kawasan itu sebelum penyelia menghubungi polis.

Mohd Kobi berkata bau bungkusan berkenaan amat busuk dan dia beberapa kali termuntah sehingga pengsan.

Sementara itu Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Azila Wahab berkata sejurus menerima panggilan, sejumlah 13 pegawai dan anggota digegaskan ke lokasi kejadian.

Katanya pencarian yang dimulakan kira-kira pukul 6.30 petang diperluaskan sehingga jarak satu kilometer dari lokasi yang dilaporkan.

"Selain pencarian di permukaan longkang kita juga mencari di kawasan perangkap, turun ke dalam longkang sampah tersebut namun tiada sebarang petunjuk berhubung objek itu dijumpai," katanya.

Beliau berkata operasi mencari dan mengesan dihentikan kira-kira pukul 10 malam sebelum disambung kembali kira-kira pukul 7 pagi ini.
Tags / Kata Kunci: pekerja pembersihan , buang bayi

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan