Anggota Polis Maut, Rakan Setugas Tertembak Secara Tidak Sengaja

Diterbitkan: Sabtu, 30 Julai 2016 7:47 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Seorang anggota polis berpangkat sarjan maut selepas terkena tembakan secara tidak sengaja oleh rakan setugasnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di sini, Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, mangsa berusia 57 tahun mengalami cedera parah di kepala selepas terkena tembakan daripada anggota berpangkat Lans Koperal berusia 32 tahun dari dalam bilik stor senjata di IPD Serdang.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata, anggota yang bertugas di stor berkenaan menarik picu pistol jenis 'Walther PPK' sebagai prosedur biasa memeriksa pistol. 

"Anggota berkenaan tidak menyangka terdapat satu lagi peluru di dalam pistol berkenaan. 

"Peluru pistol itu menembusi tingkap di bilik berkenaan dan terkena mangsa yang berada di luar," katanya dalam sidang media di sini, Jumaat.

Beliau berkata, mangsa dari Unit Kereta Peronda (MPV) IPD Serdang itu berada kira-kira 70 meter dari bilik berkenaan.

"Ketika itu mangsa sedang memeriksa enjin kereta sebuah kenderaan MPV di kawasan luar," katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Serdang sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 3.45 petang.

Megat Mohd Aminuddin berkata, pihaknya telah mengambil keterangan anggota itu dan menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan. - Bernama

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan