Tiada Keperluan Panggil Tiga Individu Beri Keterangan Setakat ini - KPN

Diterbitkan: Khamis, 28 Julai 2016 5:09 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Ketua Polis Negara menjelaskan tiada keperluan ketika ini untuk memanggil tiga individu yang didakwa terlibat dalam konspirasi menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia.

Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan terlebih dahulu memanggil Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun yang membuat laporan polis berhubung perkara itu bagi mengetahui maklumat dan bukti yang dimiliki beliau.

"Kami (polis) tidak akan memanggil tiga individu itu setakat ini. Kami akan panggil pengadu terlebih dahulu kerana kami mahu tahu apa maklumat yang ada padanya semasa beliau membuat laporan polis, ia satu tuduhan yang serius.

"Biar kami dapatkan apakan maklumat yang ada padanya (Khairul Azwan) semasa beliau membuat laporan polis sebelum kami memanggil ketiga-tiga mereka," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian KPD Mart Community di Kolej Unikop di sini, Khamis.

Khalid memaklumkan polis akan memanggil Khairul Azwan dalam waktu terdekat berhubung laporan polis yang dibuat pada Selasa lalu.

"Kita belum dapat berjumpa lagi dengan pengadu ini, Insya-Allah, hari ini atau esok untuk merakam percakapan dia (Khairul Azwan)," katanya.

Khairul Azwan membuat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Dalam laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi itu, Khairul Azwan mendakwa ketiga-tiga individu yang dinamakan itu dipercayai terbabit dalam konspirasi untuk menggulingkan Najib dan kerajaan Malaysia.

Tags / Kata Kunci: Saksi , Konspirasi

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan