Polis Nafi Ada Kejadian Tembak Di Shah Alam - Berita Jenayah | mStar

Polis Nafi Ada Kejadian Tembak Di Shah Alam

Diterbitkan: Khamis, 28 Julai 2016 6:42 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis menafikan terdapat kejadian tembak-menembak berlaku di Seksyen 15 di sini awal pagi Khamis, seperti yang tersebar di media sosial.

Sebaliknya, Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata gambar yang disebarkan itu adalah kejadian polis menjumpai sepucuk pistol tiruan dalam sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard yang ditinggalkan dengan pintu terbuka di kawasan berkenaan, petang Rabu. 

"Polis menerima panggilan pada pukul 7.15 malam Rabu daripada orang awamyang curiga melihat kenderaan itu dan pemeriksaan ke atasnya telah membawa kepada penemuan sepucuk pistol yang diselitkan di ruang poket kerusi pemandu. 

"Pemeriksaan lanjut mendapati ia adalah pistol tiruan. Tiada sebarangkejadian tembak-menembak berlaku di situ," katanya dalam sidang akhbar pada Khamis.

Katanya pemeriksaan polis turut mendapati kenderaan berkenaan didaftarkan dibawah nama seorang wanita yang beralamat di sini.

Menurut Shafien, susulan pemeriksaan ke atas kenderaan berkenaan, pihaknya telah menahan dua suspek lelaki berhampiran kawasan itu termasuk anak kepada pemilik kenderaan berkenaan.

"Soal siasat ke atas kedua-dua suspek telah membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki di sebuah rumah di Batu Tiga di sini, kira-kira pukul 3.30 pagi tadi dan polis merampas sepucuk pistol tiruan serta alatan yang dipercayai digunakan untuk memecah masuk dan mencuri kenderaan," katanya. 

Kata Shafien, kesemua suspek berumur antara 21 dan 23 tahun itu ditahan reman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 36 (1) Akta Senjata Api 1990. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Polis nafi , Shah Alam
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan