Kes Tembak Ejen Hartanah Wanita Di Taman OUG Selesai

Diterbitkan: Khamis, 28 Julai 2016 10:01 PM

Ejen hartanah wanita maut ditembak di Jalan Hujan Emas 4, Taman OUG pada 6 Julai lepas.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga suspek akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat dalam kes ejen hartanah wanita maut ditembak diJalan Hujan Emas 4, Taman OUG di sini pada 6 Julai lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata empat lagi suspek akan didakwa secara berperingkat kerana mereka dihantar ke Perak terlebih dahulu untuk siasatan beberapa kes yang dilaporkan di negeri itu.

Amar Singh berkata ketujuh-tujuh suspek itu akan didakwa di bawah Seksyen302 dan 109 Kanun Keseksaan.

 "Dalam kes ini, 10 suspek telah ditahan dan hanya tujuh akan didakwa manakala tiga lagi akan menjadi saksi pendakwaan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

"Kita sudah melengkapkan kertas siasatan dan telah mendapat arahan daripada Pejabat Peguam Negara untuk menuduh suspek. Dengan ini, kes tembak di Taman OUG berjaya diselesaikan," jelasnya.

Dalam kejadian itu, wanita berusia 32 tahun itu maut di lokasi kejadian manakala seorang anaknya cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka ditembak dalam kejadian yang berlaku kira-kira 2.30 petang. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Kes tembak Taman OUG , wanita , ejen hartanah

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan