Lelaki Maut Ditembak Di Setapak Sentral

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2016 6:04 PM

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditembak 16 kali sehingga mati dalam satu insiden dekat Setapak Central pada petang Rabu.

Pada pukul 3.35 petang, seorang pemberi pinjaman wang berusia 43 tahun yang juga bapa kepada tiga orang anak sedang memandu bersendirian dekat sebuah pusat beli belah apabila didatangi empat lelaki yang menaiki motosikal.

"Mereka mendekati kereta mangsa dekat lampu isyarat. Seorang penembak pergi ke arah kiri kereta dan seorang lagi di sebelah kanan sebelum melepaskan beberapa das tembakan," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur,  Senior Asisten Komisioner (SAC), Rusdi Mohd Isa pada sidang media di Balai Polis Setapak.

Beliau berkata penembak di sebelah kanan kereta mangsa melepaskan tiga hingga empat tembakan manakala 12 lagi tembakan dilepaskan seorang lagi suspek.

Kesemua suspek melarikan diri menggunakan motosikal selepas insiden itu.

Siasatan mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala, badan dan kaki.

Difahamkan mangsa dalam perjalanan untuk bertemu saudara di kawasan berhampiran.

"Ahli keluarga mangsa mengesahkan identitinya," kata Rusdi.

Ketika ditanya sama ada tembakan itu berkaitan kumpulan tertentu, Rusdi berkata 'ada kemungkinan'.



Tags / Kata Kunci: kes tembakan , Setapak Central

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan