Lagi Suspek Kes Tembak Taman OUG Ditahan

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2016 9:05 AM

Lokasi kejadian tembakan di Taman OUG.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lagi suspek lelaki tempatan kerana disyaki terlibat dalam kes tembak seorang ejen hartanah wanita di Jalan Hujan Emas 4, Taman OUG, di sini, 6 Julai lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, suspek berumur 41 tahun itu ditahan di Subang Jaya, Selangor pada 7.30 malam Selasa.

"Permohonan reman terhadap tangkapan akan dimohon esok bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan.

Pada 6 Julai lepas, seorang ejen hartanah wanita berusia 32 tahun maut di tempat kejadian manakala seorang anaknya cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka ditembak dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 petang. 

Sebelum ini, polis telah menahan lapan suspek berhubung kes itu. - Bernama

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan