Calon SPM Ditahan Bersama 12,900 Pil Kuda

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2016 11:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Polis menahan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan merampas 12,900 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM200,000 di kediamannya di Kampung Dalam Kedai Buloh, di sini.

Remaja lelaki berusia 17 tahun itu ditahan kira-kira 11 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu hasil risikan dan maklumat sejak tiga bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu, Superintendan Roslan Tahir berkata, pemeriksaan lanjut di dalam bilik di rumah berkenaan menemui tiga bungkusan yang berada di belakang rak kayu mengandungi sebanyak 12,900 biji pil kuda yang dianggarkan seberat 1,269.33 gram.

"Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menjadi pengedar bagi kawasan Kuala Terengganu dan Chendering.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan individu lain yang turut sama terbabit dalam pengedaran dadah ini.

Roslan berkata suspek yang ditahan negatif dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Namun, dia tidak hadir ke sekolah sejak 10 Julai lalu akibat masalah disiplin.

"Suspek kini direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan," katanya pada sidang media di IPK Terengganu, Rabu.

Tags / Kata Kunci: pil kuda , calon SPM

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan