Objek Seperti Bom Tangan Ditemui Di BSN Taman Indah

Diterbitkan: Selasa, 26 Julai 2016 5:14 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Satu objek yang menyerupai bom tangan ditemui di Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Taman Indah kira-kira pukul 5 pagi Selasa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, alat mainan yang menyerupai bom tersebut ditemui Polis Bantuan yang sedang membuat pemeriksaan di luar premis BSN.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati objek tersebut disahkan sebagai alat mainan.

"Tempat kejadian telah diperiksa oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) dan hasil pemeriksaan mendapati objek yang menyerupai bom tangan itu adalah alat mainan.

"Siasatan lanjut telah dibuat di tempat kejadian termasuk meneliti rakaman CCTV manakala alat mainan tersebut dihantar ke makmal forensik untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tags / Kata Kunci: bank simpanan nasional , bom

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan