Jumlah Mangsa Bot Karam Meningkat 14 Orang, Tiga Lagi Mayat Ditemui

Diterbitkan: Isnin, 25 Julai 2016 9:25 PM

Mayat mangsa bot pancung karam pada dua hari lepas ditemukan di Pantai Batu Layar, Sungai Rengit, Kota Tinggi pagi Isnin. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Tiga lagi mayat mangsa bot pancung karam pada malam Selasa lalu ditemukan menjadikan jumlah korban setakat ini 14 orang.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Rahmat Othman berkata satu mayat  ditemukan pada pukul 12.30 tengah hari kira-kira 1.5 batu nautika dari Kuala Punggai.

Dua lagi mayat dijumpai pada pukul 6.45 petang masing-masing di perairan Kuala Punggai dan Tanjung Penawar.

Kesemuanya merupakan mangsa lelaki.

Beliau berkata dengan penemuan itu, mayat yang ditemui hari ini adalah seramai lima orang termasuk dua mayat lelaki yang ditemukan di perairan Pantai Batu Layar dekat Sungai Rengit pagi tadi.

Para mangsa merupakan antara 60 orang pendatang asing tanpa izin (Pati)  warga Indonesia yang menaiki bot tersebut dalam perjalanan menuju Batam, Indonesia.

Bot tersebut dilapor karam akibat dipukul ombak. Seramai 34 penumpang terselamat dalam kejadian itu.

Usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan.


Tags / Kata Kunci: bot karam , bot pancung , Rahmat Othman

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan