Letupan Bom Muadzam Shah Dipercayai Cubaan Rompak

Diterbitkan: Isnin, 25 Julai 2016 6:29 PM

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Polis tidak menolak kemungkinan letupan di sebuah bank di Muadzam Shah di sini awal pagi Isnin, merupakan cubaan merompak dengan menggunakan bom buatan sendiri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bank itu menunjukkan kehadiran tiga lelaki bertopeng muka dan memakai sarung tangan di premis berkenaan pada 5.35 pagi.

"Mereka dilihat meletakkan bahan letupan di antara mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM).

"Bagaimanapun, mereka tidak berjaya mengambil wang tunai kerana mesin berkenaan tidak terusik dan suspek dipercayai melarikan diri ekoran takut dengan kesan letupan," katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian di sini, Isnin.

Raja Shahrom berkata pihaknya sedang mengenal pasti bahan letupan itu yang telah menyebabkan hampir keseluruhan dalaman bank musnah, selain terdapat serpihan kaca berselerak sejauh 60 meter.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, tinjauan di lokasi kejadian petang ini mendapati Unit Pemusanah Bom dari Bukit Aman melakukan pemeriksaan di kawasan letupan dan kawasan sekitarnya untuk mencari serpihan.

Bank berkenaan dilengkapi dengan kemudahan masing-masing dua unit mesin ATM dan CDM serta sebuah unit mesin deposit cek.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Muhammad Aidil Roneh Abdullah menegaskan kejadian itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kumpulan pengganas.
Tags / Kata Kunci: cubaan rompak , mesin ATM

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan