Mayat Murid Lemas Di Ampang Ditemui Di Klang

Diterbitkan: Ahad, 24 Julai 2016 4:59 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mayat seorang murid yang lemas di Ampang pada Khamis lepas ditemui di Klang, kira-kira 40 kilometer dari lokasi kejadian.

Mayat Muhammad Akmal Hamdan, 10, ditemui terapung di dalam Sungai Klang di kawasan perangkap sampah Sungai Pinang kira-kira 8.15 pagi oleh pihak polis marin yang turut menyertai gerakan mencari dan menyelamat.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata mayat mangsa ditemukan dalam pakaian seragam sekolah agama dan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Murid Sekolah Rendah Agama Tasek Tambahan, Ampang ini dilapor dihanyut arus deras ketika bermain di sekitar parit dalam hujan lebat bersama dua lagi rakan di luar kawasan sekolah tersebut.

"Waris mangsa telah membuat pengecaman mayat pada pukul 9 pagi tadi setelah dimaklumkan berkenaan penemuan mayat kanak-kanak itu," katanya kepada Bernama.

Tags / Kata Kunci: Murid Lemas

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan