Tujuh Lemas Nahas Bot Karam Di Kota Tinggi

Diterbitkan: Ahad, 24 Julai 2016 11:34 AM

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

JOHOR BARU: Tujuh warga Indonesia lemas manakala 34 yang lain terselamat dalam kejadian bot karam di Pantai Batu Layar, Sungai Rengit, Kota Tinggi, Sabtu malam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Rahmat Othman berkata sehingga 12 tengah hari ini, tujuh mayat telah ditemui terdiri daripada dua lelaki dan lima wanita berumur antara 20 hingga 40 tahun.

Beliau berkata kesemua mayat telah dibawa ke Hospital Kota Tinggi.

Pihak polis menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 9.45 malam yang memberitahu mereka terdengar suara meminta tolong dari arah pantai tersebut, katanya.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa karam yang lain telah dimulakan melibatkan pihak polis, tentera, marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta beberapa agensi lain, yang bertumpu kira-kira tiga batu nautika dari kawasan pantai.

Rahmat berkata siasatan awal mendapati bot pancung itu dinaiki kira-kira 60 penumpang.

"Mereka dipercayai dalam perjalanan keluar dari negara ini menuju Batam," kata beliau.

Berhubung kejadian itu, Pasukan 21 Artileri Diraja Pos Sepang berkata mereka  telah menahan 34 pendatang asing tanpa izin yang terdiri dari 26 lelaki dan lapan wanita.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Imigresen Johor, Datuk Rohaizi Bahari berkata kesemua pendatang asing tanpa izin (Pati) itu dilapor membayar antara RM500 hingga RM1,200 kepada tekong bot berkenaan untuk membolehkan mereka menaiki bot tersebut.

"Mereka dikumpul di sebuah kawasan hutan sebelum cuba diseludup keluar menggunakan jalan yang tidak diwartakan.

"Maklumat daripada mangsa yang selamat memberitahu bot pancung itu dipukul ombak antara satu hingga dua meter menyebabkannya terumbang-ambing sebelum terbalik.

"Mereka diselamatkan oleh orang kampung dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sebelum diserahkan kepada pihak tentera," kata Rohaizi.

Berdasarkan semakan awal, hanya tiga daripada 34 mangsa yang selamat mempunyai pasport manakala yang lain tidak mempunyai dokumen pegenalan diri.

Beliau berkata mangsa yang selamat akan dirujuk kepada pihak Konsulat Indonesia di sini untuk tindakan lanjut.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Kota Tinggi , Indonesia , Pantai Batu Layar

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan