Dua Maut, Enam Cedera Nahas Kemalangan Di Marang - Berita Jenayah | mStar

Dua Maut, Enam Cedera Nahas Kemalangan Di Marang

Diterbitkan: Sabtu, 23 Julai 2016 4:39 PM

(Ubah saiz teks)

MARANG: Dua penunggang motosikal maut, manakala enam lagi cedera selepas motosikal mereka yang ditunggang secara berkumpulan terlibat dalam kemalangan di Kilometer 57, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Merchang di sini Jumaat malam.

Dalam insiden kira-kira pukul 9.15 malam itu mangsa, Mohd Syahidzam Azhar, 25, dan rakannya Muhammad Raif Ramli, 22, maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di kepala dan anggota badan. 

Ketika kejadian, kesemua mereka dalam perjalanan dari Dungun menuju ke Kuala Terengganu, namun, sebaik tiba di lokasi nahas, sebuah daripada motosikal itu dipercayai hilang kawalan lalu terjatuh sebelum motosikal lain dibelakang merempuh motosikal tersebut.

Sementara itu, Pemangku Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri ASP Ismail Man ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu.

Katanya mayat mangsa yang beralamat di Kampung Duyung Besar dan Kampung Tok Ba, Kuala Terengganu itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) manakala mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut. -- Bernama



   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan