Dua Kapal Ditahan Guna Peralatan Candat Sotong Tanpa Lesen

Diterbitkan: Sabtu, 23 Julai 2016 2:42 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Dua kapal nelayan berserta peralatan pukat dan candat sotong bernilai kira-kira RM30,000 dirampas dalam Op Gelora di dua lokasi berdekatan Pulau Berhala, dekat sini, Khamis lalu.

Komander PPM Wilayah Tiga ACP Zulkafli Saariat berkata operasi secara  bersepadu antara Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga di sini dengan Jabatan Perikanan Pahang itu, turut menahan 18 nelayan asing berumur antara 26 dan 44 tahun, iaitu masing-masing 11 warga Thailand dan tujuh warga Vietnam yang kemudiannya dibebaskan dengan jaminan.

"Penahanan vesel pertama dibuat dalam pemeriksaan kira-kira 11.15 pagi ketika kapal berkenaan sedang menjalankan aktiviti mencadat sotong di kedudukan jarak 18 kilometer dari Pulau Berhala di Nenasi, Pekan.

"Vesel kedua ditahan pada 11.45 pagi, juga sedang mencandat sotong pada jarak 25 kilometer dari Pulau Berhala tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini.

"Kesemua warga asing ini ada dokumen perjalanan diri yang sah dan hasil pemeriksaan lanjut kita juga mendapati dua vesel ini dimiliki rakyat tempatan.

"Pemilik vesel ini turut dilepaskan dengan jaminan Pegawai Penyiasat Perikanan dan dua vesel ini kita tahan sementara sehingga siasatan selesai," katanya.

Beliau berkata siasatan kes itu dijalankan Jabatan Perikanan negeri mengikut Seksyen 11(3)(b) dan Seksyen 11(3)(a) Akta Perikanan 1985. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: candat sotong , kapal , Op Gelora

iklan

Video

Rabu, 28 Jun 2017 3:30 PM

Kenapa Amyra Rosli Geram?

Rabu, 28 Jun 2017 12:00 PM

Amboi... Nabil Tak Puas Hati Dengan Skrip?

Rabu, 28 Jun 2017 9:00 AM

Lucu... Kisah Raya Floor88

Selasa, 27 Jun 2017 3:00 PM

Ardell Dah Jemu Berlakon?

Selasa, 27 Jun 2017 2:25 PM

Siti Nurhaliza Pun Naik ETS Tau!

Selasa, 27 Jun 2017 9:33 AM

Hazman dan Eryn Raya Bersama?

Isnin, 26 Jun 2017 3:00 PM

Dapat Impak Ramai Penyanyi Bernama 'Wani'

Isnin, 26 Jun 2017 12:09 PM

Kisah Raya 3 Teruna

Isnin, 26 Jun 2017 9:30 AM

Selongkar Raya Zara Zya

Kolumnis

iklan

Iklan