Daesh: Pelajar IPTS Antara 14 Ditahan Polis - Khalid

Diterbitkan: Sabtu, 23 Julai 2016 8:32 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) adalah antara 14 individu ditahan di lima negeri pada 14 Julai sehingga Rabu lepas kerana disyaki terlibat dengan kumpulan militan Daesh.

Kesemua suspek ditahan oleh Bahagian Counter Terorrism Cawangan Khas Bukit Aman di sekitar Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 13 lelaki dan seorang wanita tempatan yang berusia di antara 20 dan 49 tahun.

"Empat daripada mereka tidak bekerja, tiga bekerja sendiri, dua bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran francais di LembahKlang, dua pekerja syarikat swasta serta masing-masing seorang mekanik ,jurukimpal besi dan pelajar IPTS.

"Hasil siasatan, kami mendapati 12 suspek yang ditahan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Sabah merupakan anggota sel sama yang ditahan dalam operasi penghujung bulan lepas," kata Khalid dalam kenyataannya di sini, Sabtu.

Menurutnya mereka disyaki menerima arahan daripada Muhammad Wanndy Mohamed Jedi untuk melancarkan serangan di Malaysia.

"Seorang daripada suspek mengaku telah berkongsi kaedah membuat bahan letupan 'Improvised Explosive Device' (IED) melalui aplikasi Telegram dengan lain-lain anggota Daesh.

"Suspek juga mengaku menerima arahan Muhammad Wanndy untuk menghasilkan IED bagi melancarkan serangan di Lembah Klang dan turut membekalkan sepucuk pistol kepada suspek melalui orang perantaraan sebagai persediaan mempertahankan diri jika ditahan polis," katanya.

Suspek berusia 49 tahun yang ditahan di Kedah merupakan angggota kanan kumpulan berkenaan, yang aktif merekrut anggota baharu melalui usrah-usrah sulit di sekitar Sik, Kedah dan bertanggungjawab mengatur pergerakan ke Syria untuk menyertai Daesh.

"Seorang yang direkrut oleh suspek adalah Abu Ghani Yaacob@Abu Kedah yang telah terkorban di Syria pada 17 April lepas," katanya.

Khalid berkata suspek wanita berusia 43 tahun, yang ditahan di Perak, aktif mempromosikan Daesh serta merancang untuk menyusup masuk ke selatan Filipina bagi menyertai kumpulan itu.

"Wanita itu yang ingin ke sana (selatan Filipina) juga menerima bantuan daripada bekas pensyarah Universiti Malaya Dr Mahmud Ahmad, yang merupakan anggota Daesh sebelum ini, dan kini menyertai kumpulan pengganas Abu Sayyaf di selatan Filipina.  

"Hasil penggeledahan, polis merampas sebuah IED seberat satu kilogram yang telah siap diadun untuk digunakan dalam serangan keganasan yang dirancang ke atas pucuk pimpinan Polis DiRaja Malaysia," katanya.

Kesemua suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut BAB VIA -kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747). -Bernama

Tags / Kata Kunci: Daesh , Khalid Abu Bakar

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan