Main 'Dayung Bot' Bertukar Tragedi, Murid Tahun Lima Mati Lemas

Diterbitkan: Sabtu, 23 Julai 2016 4:47 PM

Anggota bomba menyusung jenazah murid Tahun Lima yang terkorban dalam kejadian bot terbalik di pantai Kerupang, Labuan, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

LABUAN: Kegembiraan tiga murid sekolah bermain "mendayung bot" bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka mati lemas selepas bot itu terbalik di pantai Kerupang dekat Taman Arena, Kg Kerupang di sini, Jumaat.

Mayat mangsa dikenal pasti sebagai Aiman Ashraf Rashid, 11, murid tahun lima, ditemukan terapung oleh pasukan mencari dan menyelamat tidak jauh dari Pulau Papan pada kira-kira 7.39 pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Zainal Madasin berkata bot itu terbalik pada kira-kira 3.30 petang semasa mangsa, anak penjawat awam, bermain mendayung bot dengan dua rakannya di pantai tidak jauh dari rumah mereka.

Bagaimanapun bot itu terbalik dan tenggelam apabila dipukul ombak manakala budak lelaki itu dihanyutkan arus. Dua rakannya berjaya menyelamatkan diri dan segera memaklumkan kepada ibu mangsa, katanya.

Zainal berkata panggilan kecemasan diterima pada kira-kira 3.56 petang semalam dan operasi mencari dan menyelamat dengan dibantu anggota polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam , penduduk kampung dan anggota keluarga telah dilancarkan.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: bot , Labuan , lemas , Zainal Madasin , Pulau Papan

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan