Polis Siasat Kumpulan Ajaran Sesat 'Imam Mahdi'

Diterbitkan: Sabtu, 23 Julai 2016 9:22 AM

Abd Rahim Hanafi.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis Perak sedang melakukan siasatan secara terperinci berhubung dakwaan terdapat sebuah kumpulan ajaran sesat di negeri itu, yang dikatakan sedang mengembangkan pengaruhnya ke seluruh negara.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Abd Rahim Hanafi berkata pihaknya mempergiatkan kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dalam memantau daripada semua aspek sebelum tindakan undang-undang dapat diambil terhadap kumpulan berkenaan.

"Polis telah mengambil langkah tertentu dengan JAIPk untuk mengenal pasti apa dinyatakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir baru-baru ini berhubung dakwaan berkenaan.

"Jika ada sebarang perkembangan terbaharu, saya akan maklumkan kemudian," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini malam Jumaat yang dihadiri kira-kira 3,000 orang.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan pada Sabtu lepas yang melaporkan kumpulan itu diketuai seorang lelaki yang mengaku sebagai Imam Mahdi bercadang mewujudkan kumpulan bersenjata digelar Tentera Mahdi.

Laporan itu menyebut kumpulan berkenaan sedang mempengaruhi orang ramai dengan menggunakan pengaruh seorang ulama untuk menarik orang awam untuk menyertai kumpulan berkenaan.

Kumpulan itu didakwa mengumpulkan senjata untuk berperang dan mereka dikatakan sedang bersiap sedia untuk berbaiah dengan Imam Mahdi di Mekah, Arab Saudi.

Dalam perkembangan lain, Abd Rahim berkata jenayah indeks di Perak mencatat penurunan iaitu sebanyak 42 kes dilaporkan bagi tempoh Januari hingga Khamis lepas (21 Julai).

Beliau berkata jumlah itu berkurang sebanyak 1.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

"Walaupun jenayah indeks di negeri ini menunjukkan penurunan, terdapat dua daerah yang mencatatkan peningkatan kes iaitu di Taiping dan Manjung.

"Kecurian motosikal merupakan penyumbang terbesar kepada kadar jenayah indeks di negeri ini manakala kes jenayah seperti pecah rumah didapati berkurangan berbanding tempoh yang sama tahun lepas," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: ajaran sesat , imam mahdi , Abd Rahim Hanafi

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan