Pelakon Ditahan Terlibat Kes Tipu Pelaburan RM35 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 22 Julai 2016 11:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang pelakon antara 14 ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes sindiket penipuan pelaburan yang dipercayai 'memperoleh' RM35 juta dari ahli untuk dilaburkan dalam 'hartanah dan mata wang asing'.

Selebriti berusia 44 tahun itu yang dipercayai anak pelawak terkenal semasa era Allahyarham P.Ramlee, ditahan di Cyberjaya pada Rabu kerana didakwa melindungi dua dalang sindiket itu dan menyediakan rumah bagi kumpulan tersebut untuk beroperasi.

Ahli kumpulan tersebut yang berusia antara 28 dan 48 tahun itu turut ditahan pada Rabu.

Sumber berkata tujuh individu termasuk seorang bergelar 'Datuk Seri' ditahan di Kelantan, tiga termasuk seorang 'Datuk' dan pelakon itu di Selangor, dua lagi di Pahang dan Melaka manakala dua lagi di Pulau Pinang.

"Kesemua mereka ditahan pada hari sama (Rabu) dalam satu operasi yang dikenali sebagai Ops Nuri.

"Siasatan awal mendapati 'Datuk Seri' dan 'Datuk' itu adalah dalang sindiket tersebut," kata sumber.

Difahamkan sindiket itu berjaya merekrut seramai 500,000 ahli yang kebanyakannya terdiri daripada guru dan rakan artis.

Syarikat itu dipercayai ditubuhkan seorang lelaki berusia 48 tahun bergelar 'Datuk Seri' pada Februari tahun lalu dengan pejabat pengurusannya di Tanah Merah, Kelantan.

Difahamkan syarikat itu dengan singkatan HG ditubuhkan untuk 'membantu' mereka yang gagal dalam perniagaan bagi menjana pendapatan pasif dengan melabur wang mereka dalam bentuk dana.

Sumber itu berkata, dana itu kemudiannya dilaburkan dalam hartanah dan mata wang asing dengan keuntungan diagihkan kepada ahli-ahlinya mengikut jumlah yang dilaburkan.

"Ahli-ahli dimaklumkan bahawa mereka boleh memperoleh keuntungan sehingga 200 peratus selepas hanya melabur dalam tempoh empat bulan," katanya.


Tags / Kata Kunci: pelakon , tipu pelaburan

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan