Kematian Ejen Hartanah Di Taman OUG Libatkan Urus Niaga RM13 Juta

Diterbitkan: Khamis, 21 Julai 2016 2:30 PM

Amar Singh menunjukkan antara rampasan melibatkan kes tembak di Taman OUG termasuk wang tunai, pistol dan rantai emas.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Motif insiden tembak yang mengakibatkan kematian ejen hartanah dan mencederakan anak perempuannya di Taman OUG melibatkan urus niaga mencecah RM13 juta.

Ketua Polis Bandaraya, Komisioner Datuk Amar Singh berkata, mangsa melabur sejumlah besar wang dengan suspek utama kejadian.

"Bagaimanapun, timbul masalah apabila suspek utama enggan memulangkan wang berkenaan.

"Kami percaya suspek terlibat mengupah dua lelaki bersenjata untuk membunuh mangsa," katanya pada sidang media pada Khamis.

Setakat ini, lapan individu termasuk dua pasangan dan dua penembak ditahan di sekitar bandaraya ini dan Perak.

Pistol A Glock 19 yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu turut dirampas.

"Kami menemui pistol yang digunakan dalam tiga kejadian tembakan di Perak.

"Siasatan juga menunjukkan dua penembak dibayar RM60,000," katanya.

Ditanya sama ada kejadian itu melibatkan sindiket pembunuh upahan, kata Amar, perkara itu masih dalam siasatan pihaknya.

Tags / Kata Kunci: Taman OUG , Amar Singh , hartanah

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan