Rundingan Dengan Penculik Untuk Bebas Lima Kru Bot Tunda

Diterbitkan: Khamis, 21 Julai 2016 4:35 PM

Datuk Nur Jazlan Mohamed

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Rundingan sedang dijalankan dengan kumpulan penculik lima kru warganegara Malaysia yang hilang selepas bot tunda mereka ditemui terdampar di beting pasir di perairan Dent Haven berhampiran Tambisan di Lahad Datu pada Isnin lepas.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata pihak berkuasa Malaysia tahu siapa yang terlibat dan rundingan sedang dijalankan dengan mereka bagi membebaskan lima orang yang terbabit.

"Sekarang ini saya meminta ahli keluarga yang terlibat (mangsa culik) untuk mendiamkan diri dan tidak mendedahkan apa-apa hasil komunikasi antara pihak berkuasa dengan pihak penculik.

"Kita tidak mahu maklumat itu dijadikan penggalak kepada kumpulan penculik untuk terus melakukan aktiviti mereka," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Pingat Kedaulatan Negara kepada 316 anggota Jabatan Penjara Sabah di sini Khamis.

Beliau diminta mengulas perkembangan terbaharu kehilangan lima kru selepas bot tunda yang mereka naiki ditemui terdampar di perairan Dent Haven dan dipercayai mereka menjadi mangsa kumpulan penculik dari Selatan Filipina.

Empat orang daripada lima kru itu ialah dari Tawau dan seorang dari Felda Jengka, Pahang.

Ditanya sama ada perlu penyediaan tambahan segera aset dan anggota di perairan negeri ini berikutan insiden terbaharu itu, Nur Jazlan berkata ia antara tindakan yang diambil kerajaan tetapi pemantauan keselamatan di kawasan perairan Sabah yang luas bukan mudah.

Katanya apa yang penting adalah kerjasama daripada pihak pengusaha aktiviti komersial yang menggunakan perairan timur negeri ini berhampiran sempadan dengan negara jiran.

Menurutnya mereka perlu memaklumkan pergerakan kapal atau bot mereka kepada pasukan keselamatan dan tidak menggunakan laluan perairan terdapat bahaya risiko diculik.

"Tidak mungkin pasukan keselamatan boleh mengawasi semua aktiviti mereka yang menjalankan kegiatan komersial dan menggunakan laluan kawasan perairan berhampiran dengan sempadan negara jiran," kata Nur Jazlan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan