Anggota Polis Dijumpai Mati Dengan Kesan Tembakan Di Dada

Diterbitkan: Khamis, 21 Julai 2016 9:46 PM

Anggota polis membawa mayat seorang anggota polis yang mati tertembak selepas berlaku pergelutan dengan isterinya di sebuah rumah di Cyber City Khamis. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang anggota polis lelaki berpangkat koperal dijumpai mati di sebuah apartmen di Cyber City, di sini dengan kesan tembakan di dada pagi Khamis.

Mayat anggota polis berusia 31 tahun yang berasal dari Johor itu dijumpai terbaring di ruang tamu apartmen berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Datuk Salehhudin Abdul Rahman berkata polis tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan telefon yang memaklumkan mengenai bunyi tembakan di situ pada pukul 9.40 pagi.

"Sebaik tiba, polis mendapati mayat lelaki yang terbaring itu ialah anggota polis berusia 31 tahun dan terdapat kesan tembakan di dada," katanya kepada pemberita di sini.

Menurut Salehhudin siasatan awal mendapati punca kejadian mungkin pergaduhan antara suami isteri berikutan masalah keluarga.

Mengikut maklumat awal, katanya, berlaku pergelutan antara suami isteri berkenaan dan mangsa mungkin tertembak ketika pergelutan itu berlaku.

Salehhudin berkata sepucuk pistol jenis 'steyr' dijumpai di lokasi kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat.

Isteri mangsa, seorang suri rumah sepenuh masa, akan diambil keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya.

Anggota polis itu mempunyai dua anak, masing-masing perempuan berumur lima tahun dan lelaki berusia tiga tahun yang kedua-duanya dikatakan berada di rumah ketika kejadian.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan