Pelajar Tingkatan Dua Maut Akibat Kencing Tikus - Berita Jenayah | mStar

Pelajar Tingkatan Dua Maut Akibat Kencing Tikus

Diterbitkan: Khamis, 21 Julai 2016 11:30 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua meninggal dunia awal pagi Khamis disyaki akibat jangkitan kencing tikus selepas mandi di pusat rekreasi Bukit Wang, Jitra.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kubor Panjang itu dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini pada 5.45 pagi semalam selepas empat hari demam, sakit otot dan sendi serta muntah.

"Beliau turut mengalami batuk berdarah sebanyak lima hingga enam kali dan sesak nafas sehari sebelum dimasukkan ke hospital.

"Keadaan mangsa semasa diterima di Jabatan Kecemasan dalam tenat dan diberikan bantuan pernafasan dengan serta-merta. Mangsa terus dimasukkan ke wad rawatan rapi bagi penjagaan pakar," katanya dalam kenyataan hari ini.

Norhizan berkata, mangsa mengalami pendarahan pada paru-paru serta mengalami kegagalan fungsi buah pinggang dan disahkan meninggal dunia pada 5.45 pagi tadi.

"Pemeriksaan serta ujian awal menunjukkan tanda dan gejala penyakit leptospirosis atau kencing tikus.

"Maklumat awal katanya mangsa bersama rakan-rakan pernah mandi di Bukit Wang, namun Jabatan Kesihatan sedang jalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti pergerakan sebenar mangsa," katanya.
Tags / Kata Kunci: kencing tikus , Bukit Wang
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan