Pemandu Lori Maut Dihempap Kontena Yang Dibawanya

Diterbitkan: Khamis, 21 Julai 2016 6:04 PM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Seorang pemandu lori kontena maut akibat dihempap kontena muatan kayu yang dibawanya di Terminal Kontena Butterworth Utara di sini awal pagi Khamis.

Ibrahim Omar, 40, maut di tempat duduk pemandu lori itu dalam kejadian kira-kira 3.32 pagi.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Abdul Majid Othman berkata lori kontena yang membawa kayu seberat 32 tan itu dilapor terbalik ketika pemandunya cuba membuat pusingan U.

Beliau berkata pihak bomba mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengeluarkan mangsa dengan menggunakan kren.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Azmi Adam berkata mayat mangsa  dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

Tags / Kata Kunci: hempap kontena , Abdul Majid Othman

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan