Budak Lelaki Dikhuatiri Lemas Terjatuh Ke Dalam Longkang Besar

Diterbitkan: Khamis, 21 Julai 2016 11:55 PM

Kakak kepada Mohd Akmal Hamdan, 10, yang dikuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang berhampiran Sekolah Rendah Agama Tasek Tambahan, Ampang, Khamis, Nur Hadirah Hamdan, 16, menunjukkan gambar adiknya itu kepada wartawan. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun hilang dikhuatiri lemas selepas dikatakan terjatuh ke dalam longkang besar berhampiran Sekolah Rendah Agama Tasek Tambahan, Ampang, dekat sini Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah Skein Citbanchong Wee San berkata Mohd Akmal Hamdan dilaporkan terjatuh ke dalam longkang itu ketika hujan lebat pada kira-kira 5.30 petang.

"Dia dikatakan bermain bersama dua lagi rakannya di kawasan itu sebelum tergelincir," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Seorang penduduk, Nasirah Kausar , 32, berkata beliau terdengar suara seseorang menjerit meminta tolong dari arah longkang di belakang rumahnya.

"Saya dengar orang minta tolong tetapi apabila saya keluar tidak nampak sesiapa, mungkin kanak-kanak itu telah dihanyutkan arus," katanya.

Skein Citbanchong berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 5.45 petang dan tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat.

Operasi yang turut disertai Jabatan Pertahanan Awam itu akan disambung esok sekiranya kanak-kanak itu gagal ditemui sehingga tengah malam ini.
18 anggota dan sebuah jentera dari balai bomba Pandan Indah dan Ampang dikejarkan ke lokasi kejadian.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan