45 Ditahan Dalam Op Banteras Penagih Di Selama

Diterbitkan: Khamis, 21 Julai 2016 1:15 PM

(Ubah saiz teks)

LARUT: Seramai 45 lelaki dipercayai penagih dadah ditahan dalam operasi di kawasan kebun kelapa sawit, Kampung Sungai Star, Sungai Bayor, Selama semalam.

Ketua Polis Daerah Selama DSP Loo Lian Lay berkata kesemua yang ditahan dalam operasi bermula pukul 6.30 pagi hingga 2 petang itu berumur antara 17 dan 62 tahun.

"Daripada jumlah itu tiga lelaki berumur 26 hingga 38 tahun ditahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan polis turut merampas 21 gram dadah daripada mereka," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Loo berkata tempat serbuan itu dipercayai menjadi sarang baharu penagih yang dilihat sering berpindah tempat bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

"Polis tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan drastik bagi menangani masalah penyalahgunaan dadah," katanya sambil berterima kasih atas kerjasama orang ramai.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan