Treler Bawa 40 Tong Asid Sulfurik Terbalik Di Kulim - Berita Jenayah | mStar

Treler Bawa 40 Tong Asid Sulfurik Terbalik Di Kulim

Diterbitkan: Rabu, 20 Julai 2016 6:09 PM

-foto G.C.TAN/THE STAR

(Ubah saiz teks)

KULIM: Sebuah treler yang membawa muatan 40 tong asid sulfurik terbalik di Jalan Paya Besar, Taman Kuchai, dekat sini pagi Rabu setelah bertembung dengan sebuah Toyota Avanza, mengakibatkan jalan tersebut ditutup selama tiga jam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech Park (KHTP) Penguasa Bomba Mohd Azizi Abdullah berkata, kejadian berlaku kira-kira 10 pagi turut mengakibatkan lima lelaki iaitu pemandu dan tiga penumpang kereta Avanza serta pemandu treler berusia 40-an cedera ringan.

Kesemua mangsa dirawat di Hospital Kulim. 
Treler terbabit sarat membawa asid sulfurik 98 peratus (UN 1830) dan pertembungan mengakibatkan 10 tong asid sulfurik bocor menyebabkan asid berkenaan melimpah di permukaan jalan.

Pasukan Hazmat KHTP mengambil masa lebih dua jam membersihkan asid yang tumpah di lokasi kejadian, sebelum lalu lintas di situ pulih semula.
Tags / Kata Kunci: treler terbalik , asid sulfurik
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan